Saturday 16 March 2013

Tanda-Tanda Proses Detoksifikasi


Pengalaman detoksifikasi adalah berbeza dari individu ke individu, semua ini bergantung kepada kandungan toksin di dalam badan anda dan keadaan kesihatan anda.

Semasa bermula proses detoksifikasi, anda mungkin terasa lemah. Keadaan ini adalah normal kerana pada ketika ini, badan akan menyingkirkan toksin (tersimpan dalam sel lemak dan organ) ke dalam sistem peredaran darah untuk dilupuskan dari badan.

Pada 3 hari pertama, anda mungkin menghadapi simptom yang kurang menyenangkan seperti:

Pembuangan air besar dengan lebih kerap
Mengeluarkan najis hitam yang berbau atau najis kuning yang terapung atas air
Buang air kecil yang lebih kerap
Keletihan, mengantuk, mudah naik marah
Lidah bersalut putih, mulut berbau, ulser mulut
Sakit kepala, rasa loya, muntah

Kesemua simptom ini merupakan tanda-tanda yang badan anda dalam proses pembersihan. Semakin banyak toksin di dalam badan anda, semakin banyak simptom yang mungkin anda hadapi.

Keadaan yang kurang menyenangkan ini akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari badan dan badan anda menjadi sihat semula. Selesai proses detoks ini anda akan terasa lebih segar, rejuvenasi dan bertenaga!

No comments:

Post a Comment