Wednesday 24 December 2014

Set Penyusuan Shaklee

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Terima kasih kepada pengunjung blog yang budiman kerana sudi berkunjung ke sini. Lama dah saya tak update blog ni gara-gara pregnant dan bersalin anak ke-tiga. Alhamdulillah saya bersyukur kerana tempoh tersebut dilalui dengan selamat.

    Jadi hari ini saya nak berkongsi tentang produk shaklee. 'Hihi, sudah semestinya kan'. Set menyusu Shaklee yang saya ambil adalah seperti dalam gambar ni

Saya ambil set ni setiap hari (Vitalea, omega, osteom,vitC dan Bcomplex-selepas makan)
 ESP dan alfalfa pun saya ambil juga -sebelum makan. Hasilnya susu saya pekat dan anak pun cepat kenyang. Paling saya gembira ialah bila dia dapat tidur lena disebabkan kenyang maka baby tak de lah menangis tak puas menyusu. Maknya pun cukup rehat jika anak tak meragam.

Cuti bersalin saya makin habis, Jadi saya kena prepare stok emb yang cukup. Barulah niat saya untuk menyusu badan sepennya berjaya. in sha Allah. Tipsnya perah sebelah pagi sebelum subuh tuk dapat susu yang lumayan.

Teruskan membaca ya, artikel ni saya dapat dari HosHas Temerloh semasa saya menerima rawatan di sana. 
Penyusuan Susu Ibu
Permulaan Terbaik Untuk Bayi Anda!

A. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 tahun."

B. Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Kebaikan kepada Bayi
  • Mengandungi zat lengkap dan merupakan makanan terbaik untuk bayi
  • Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam
  • memberi perlindungan kepada bayi daripada jangkitan dan penyakit
  • menggalakkan tumbesaran
Kebaikan kepada Ibu
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payu dara dan ovari
  • menjarakkan kehamilan
  • mengurangkan berat badan jika disertai dengan senaman
  • menjimatkan masa dan wang
C. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu secara Ekslusif
  • hanya susu ibu sahaja adalah makanan yang paling lengkap dan sesuai untuk bayi sehingga 6 bulan
  • mengandungi antibodi dan faktor pertumbuhan
  • penghasilan susu ibu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap.
D. Apakah kolostrum
  • Kolostrum adalah cecair pertama berwarna kekuningan dan pekat
  • Keistimewaan:
  1. Kaya dengan protein, vitamin A dan vitamin E yang mencegah jangkitan dan penyakit mata
  2. kaya dengan antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  3. Imunisasi pertama kepada bayi
  4. mengandungi faktor tumbesaran yang membantu kematangan usus dan mencegah alahan
  5. Sejenis laksatif membantu mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis.

E. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan

  • mengeratkan hubungan ibu dan bayi melalui sentuhan kulit dalam masa 1 jam selepas kelahiran (sekurang-kurangnya 10 minit)
  • rooting reflex (mencari-cari payu dara) dan gerak balas hisapan yang kuat dalam masa 1-2 jam yang pertama 
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • memastikan bayi mendapat kesemua kolustrum pada 1-3 hari yang pertama
  • penyusuan yang pertama memastikan kejayaan penyusuan ibu sepenuhnya
  • mengurangkan risiko 'sindrom kematian bayi'.
F. Bagaimana Memastikan Pengeluaran Susu Ibu Mencukupi

  • susukan bayi secepat mungkin selepas lahir
  • susukan bayi anda sekerap mungkin termasuk pada waktu malam
  • pastikan teknik penghisapan yang betul
  • cara pelekapan yang betul
  • tidak menggunakan botol susu atau puting tiruan
  • pastikan bayi tidak diberikan makanan pelengkap terlalu awal

G. Memerah susu

Susu ibu perlu diperah bagi tujuan:
  • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah daripada ibunya
  • meningkatkan penghasilan susu
  • membekalkan susu kepada bayi yang sakit dan bayi pramatang yang belum bersedia menghisap susu ibu
  • mencegah dan melegakan bengkak payu dara atau duktus tersumbat
  • mengekalkan dan meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja
H. Teknik Memerah Susu
  1. Memerah menggunakan tangan
  • basuh tangan dengan bersih
  • urut payu dara perlahan-lahan
  • pegang payu dara dengan meletakkan 3 jari mengampu payu dara. Ibu jari dibahagian atas areola dan jari telunjuk di bahagian bawah.
  • Tekan payu dara ke arah dada dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah seretak sambil menekan tompok hitam (areola)
  • Perah ke dalam bekas bersih
  • Ulang beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payu dara
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut set penyusuan shaklee ini boleh la pm saya ye, nak join member untuk wat side income pun boleh.

Suzila Husein atau wasap 016-9406604 atau boleh la hubungi mana-mana Pengedar Shaklee Berhampiran Anda.

Terima kasih dan jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment